Thursday, 8 December 2016

Soalan Percubaan SPM 2016

SOALAN TRIAL TERENGGANU (SEJARAH) 2016 KERTAS 1 

Slaid tersebut merupakan soalan trial/percubaan bagi mata pelajaran sejarah negeri Terengganu. Oleh itu, dengan adanya soalan berikut, para pelajar boleh menilai diri masing-masing sejauh manakah tahap pemahaman anda dalam mata pelajaran sejarah yang telah anda pelajari. Penulis berharap agar slaid ini membantu pelajar untuk lebih menguasai mata pelajaran sejarah di peringkat SPM. 



Video Pengajaran Bahasa Melayu

VIDEO PENGAJARAN BAHASA MELAYU 

TOPIK : GAYA BAHASA 

Video ini memaparkan pengajaran tentang salah satu topik dalam bahasa Melayu iaitu gaya bahasa. Video ini mengajar kita dengan lengkap tentang semua yang berkaitan topik gaya bahasa. Oleh itu, video ini amat bermanfaat buat pelajar-pelajar yang ingin membuat rujukan dan ulang kaji mengenai topik ini. 



Wednesday, 7 December 2016

Laporan Persatuan Bahasa Melayu

LAPORAN PERSATUAN BAHASA MELAYU 2016


Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.


Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong, Miri telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 Januari 2016 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.

Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskhah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan.

Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.

Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Sekian, terima kasih.



Yang menjalankan tugas



MUHAMMAD MIRZA BIN SHARKAWI,
Setiausaha, 
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong, Miri.                                                                       12 Februari 2016

Analisis Markah Peperiksaan Akhir Tahun Pelajar

ANALISIS MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PELAJAR SMK LUTONG 2016













Aktiviti sekolah : Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2015 



Majlis ini merupakan majlis anugerah kecermerlangan akademik Kolej Vokasional Sepang. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Zainuren Bin Haji Mohd Nor SMP, AAP Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor. Majlis ini telah diadakan pada tahun lepas. Berikut merupakan slaid pembentangan yang telah disediakan. 




Aktiviti Sekolah : Hari Guru

SAMBUTAN HARI GURU


Berikut merupakan slaid pembentangan berkaitan sambutan hari guru. Slaid berikut merupakan sambutan hari guru peringkat Institut Pendidikan Guru Teknik pada tahun lepas. Dalam slaid tersebut, terdapat beberapa maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sambutan tersebut. 



Aktiviti Sekolah : Hari Sukan 2016

HARI SUKAN SEKOLAH 2016


Berikut merupakan tayangan video hari sukan sekolah yang berlangsung di SMK Suai, Sarawak. Dalam video ini terdapat suasana dan juga aktiviti-aktiviti yang digiatkan dan dilaksanakan dalam hari sukan sekolah SMK Suai pada tahun ini.



Sambutan Hari Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong

HARI KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUTONG 2016


Saya telah menyediakan satu slideshow berkaitan sambutan hari kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong 2016. Dalam slideshow berikut terdapat beberapa maklumat-maklumat yang berkaitan sambutan tersebut. Dalam slideshow berikut, terdapat juga gambar-gambar dan video suasana sambutan tersebut berlangsung. 




Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 5 




Takwim Persekolahan 2017

TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2017




Video Pengajaran : SPM TUTOR BAHASA MALAYSIA SPM

SPM TUTOR BAHASA MALAYSIA SPM 


SPM Tutor Bahasa Malaysia SPM ini merupakan sebuah tayangan video pengajaran yang memaparkan pembelajaran bahasa Malaysia pada peringkat SPM. Pelajar-pelajar sekolah menengah khususnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM boleh menjadikan video ini sebagai satu rujukan atau ulang kaji. 


Aktiviti Sekolah : Lawatan Sambil Belajar

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK LUTONG

Lawatan Sambil Belajar ke Bangunan Parlimen 

Pada 5 Mei 2016 yang lalu, seramai 35 pelajar daripada Persatuan Sejarah  Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong, Sarawak telah menyertai lawatan sambil belajar ke Bangunan Parlimen di ibu negara.  Rombongan ini turut disertai oleh dua orang guru penasihat  iaitu Cikgu Rizwan dan Cikgu Mous.

      Kami dikehendaki berkumpul di sekolah pada awal pagi iatu kira-kira pukul 5 pagi.  Selepas menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau sekolah, kami disediakan dengan sarapan pagi yang ringkas iaitu nasi lemak dan teh panas.  Kemudian kami berkumpul semula untuk mendengar taklimat oleh Cikgu Mous, sebelum kami menaiki bas yang disewa khas.  Bas mula bergerak dan kami tidak sabar untuk tiba di sana. Kami juga menonton dokumentari tentang bangunan Parlimen yang ditayangkan di dalam bas.  

      Sebaik sahaja kami sampai di pintu utama bangunan Parlimen itu, kami disambut oleh seorang pegawai bertugas.  Kami dibawa melawat di sekitar bangunan tersebut termasuklah taman-taman yang dibina di hadapan bangunan tersebut.  Setelah itu barulah kami dibawa masuk ke dalam bangunan itu. Kami amat bertuah kerana akan dapat menyaksikan perbahasan ahli-ahali Parlimen yang akan berlangsung sebentar lagi.  Kami disediakan tempat duduk di bahagian dewan persidangan.  Kami dapat melihat dengan jelas perjalanan perbahasan tersebut.  Selepas itu, kami melihat ahli-ahli parlimen mengambil tempat duduk mereka masing-masing.

      Perbahasan yang akan berlaku adalah tentang e-pendidikan.  Ada segelintir ahli yang berdiri untuk membangkang cadangan itu dan yang mempertahankannya.  Keadaan menjadi gamat apabila sebahagian ahli mengetuk meja tanda bantahan.  Perbahasan itu telah mengambil masa selama 30 minit.

      Isu e-pendidikan itu telah dibahaskan dengan sungguh rancak.  Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya isu ini kepada masa depan pelajar-pelajar. Selepas itu, kesemua ahli parlimen meningglkan dewan tersebut. Speaker Parlimen datang ke arah kami dan bersalam dengan kami.  Kami berasa amat gembira kerana dapat berjumpa dengan pegawai itu.

       Kami disediakan makan tengah hari di dewan makan.  Setelah itu kami meninggalkan bangunan Parlimen dan meneruskan lawatan kami ke Kuala Lumpur.   Akhir sekali, kami berharap akan dapat melakukan lawatan ke bangunan bersejarah itu sekali lagi.   Kami sampai ke sekolah pada jam 9 malama pada hari yang sama.  Sekian.

Yang melaporkan,
   

MUHAMMAD MIRZA BIN SHARKAWI,
Setiausaha Persatuan Sejarah,
SMK. Lutong, Miri, Sarawak.



Tarikh laporan : 12 Mei 2016

Tuesday, 6 December 2016

Video Pengajaran Bahasa Melayu SPM

VIDEO PENGAJARAAN BAHASA MELAYU SPM 

TOPIK PENGAJARAN : KATA HUBUNG

Video ini memaparkan tentang salah satu subtopik yang terdapat dalam tatabahasa bahasa Melayu SPM iaitu kata hubung. Dalam video ini, jelas menunjukkan maklumat-maklumat penting berkaitan kata hubung yang boleh digunapakai oleh pelajar-pelajar SPM sebagai satu rujukan dan ulang kaji buat mereka. 




Diharap agar video pengajaran ini sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar sekolah menengah khususnya pelajar SPM dan saya juga berharap agar video ini boleh dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai satu sumber rujukan dan ulangkaji kepada pelajar-pelajar SPM.

Pelajar-pelajar SPM juga boleh menggunakan sumber rujukan ini untuk mengulangkaji mata pelajaran bahasa Melayu - https://youtu.be/yMxJJOymkOo

Sekian, terima kasih.

Slaid Pengajaran Bahasa Melayu SPM

SLAID PENGAJARAN BAHASA MELAYU SPM

Bahasa Melayu SPM 


Topik : Kata Hubung 


Slaid ini memaparkan berkenaan topik kata hubung. Dalam slaid ini, pelajar boleh mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan topik kata hubung iaitu dari segi maksud, jenis, dan penggunaan kata hubung dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pelajar-pelajar sekolah khususnya pelajar SPM boleh menjadikan slaid ini sebagai rujukan untuk anda menduduki peperiksaan.