Thursday, 8 December 2016

Soalan Percubaan SPM 2016

SOALAN TRIAL TERENGGANU (SEJARAH) 2016 KERTAS 1 

Slaid tersebut merupakan soalan trial/percubaan bagi mata pelajaran sejarah negeri Terengganu. Oleh itu, dengan adanya soalan berikut, para pelajar boleh menilai diri masing-masing sejauh manakah tahap pemahaman anda dalam mata pelajaran sejarah yang telah anda pelajari. Penulis berharap agar slaid ini membantu pelajar untuk lebih menguasai mata pelajaran sejarah di peringkat SPM. 



Video Pengajaran Bahasa Melayu

VIDEO PENGAJARAN BAHASA MELAYU 

TOPIK : GAYA BAHASA 

Video ini memaparkan pengajaran tentang salah satu topik dalam bahasa Melayu iaitu gaya bahasa. Video ini mengajar kita dengan lengkap tentang semua yang berkaitan topik gaya bahasa. Oleh itu, video ini amat bermanfaat buat pelajar-pelajar yang ingin membuat rujukan dan ulang kaji mengenai topik ini. 



Wednesday, 7 December 2016

Laporan Persatuan Bahasa Melayu

LAPORAN PERSATUAN BAHASA MELAYU 2016


Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.


Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong, Miri telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 Januari 2016 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.

Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskhah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan.

Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.

Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Sekian, terima kasih.



Yang menjalankan tugas



MUHAMMAD MIRZA BIN SHARKAWI,
Setiausaha, 
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong, Miri.                                                                       12 Februari 2016

Analisis Markah Peperiksaan Akhir Tahun Pelajar

ANALISIS MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PELAJAR SMK LUTONG 2016













Aktiviti sekolah : Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2015 



Majlis ini merupakan majlis anugerah kecermerlangan akademik Kolej Vokasional Sepang. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Zainuren Bin Haji Mohd Nor SMP, AAP Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor. Majlis ini telah diadakan pada tahun lepas. Berikut merupakan slaid pembentangan yang telah disediakan. 




Aktiviti Sekolah : Hari Guru

SAMBUTAN HARI GURU


Berikut merupakan slaid pembentangan berkaitan sambutan hari guru. Slaid berikut merupakan sambutan hari guru peringkat Institut Pendidikan Guru Teknik pada tahun lepas. Dalam slaid tersebut, terdapat beberapa maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sambutan tersebut. 



Aktiviti Sekolah : Hari Sukan 2016

HARI SUKAN SEKOLAH 2016


Berikut merupakan tayangan video hari sukan sekolah yang berlangsung di SMK Suai, Sarawak. Dalam video ini terdapat suasana dan juga aktiviti-aktiviti yang digiatkan dan dilaksanakan dalam hari sukan sekolah SMK Suai pada tahun ini.